Terjemah Kitab Iqna'

 Download Terjemah Kitab Iqna'

    Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang mengibarkan bendera para ulama', yang menetapkan tapak kaki mereka di atas jalan yang lurus, yang menjadikan makam ilmu setinggi-tinggi makam, yang melebihkan para ulamak dengan mendirikan hujjah-hujjah ugama dan mengetahui hukum-hukumnya, yang menyimpankan pada para 'arifin akan rahasiaNya yang seni maka mereka itu ahli muhadharah dan ilham, yang mentaufikkan para amilin yang beramal untuk berkhidmat kepadaNya maka mereka meninggalkan kelazatan tidur, dan yang memberi para kekasihnya merasai kelazatan dekat kepadaNya dan jinak denganNya maka ia menyibukkan mereka dari semua makhluk.
    Aku memuji-Nya, yang maha suci dan maha tinggi di atas pemberian nikmat yang besar, dan aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah sahaja, tidak ada sekutu bagi-Nya, raja yang maha mengetahui, dan aku menyaksikan bahawa penghulu kita dan nabi kita Muhammad selawat dan salam Allah di atasnya adalah hambaNya dan rasulNya dan orang pilihanNya dan kekasihNya, imam segala imam, dan ke atas keluarganya dan isteri-isterinya dan zuriatnya yang bersih lagi suci, sebagai selawat dan salam yang berkekalan yang lazim hingga Yaumuddin.
 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar